fbpx

Pemuda risau jadi penganggur ekoran rambut baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gaya rambut baharu itu disifatkan pemuda tersebut sebagai kurang sesuai dan menyebabkannya bakal menjadi penganggur.

PETALING JAYA- ‘Aku potong rambut sebab esok ada temu duga kerja, rambut ini macam nak buat aku jadi penganggur sahaja,” itu luahan seorang pemuda tatkala memberi reaksi kepada potongan baharu rambutnya.

Luahan sedih itu dibuat pemuda tersebut @Ariff Peter di media sosial berkata, dia bakal berdepan kesusahan mencari kerja berikutan gaya rambut baharunya disifatkan kurang sesuai.

Menerusi video itu, pemuda berkenaan dilihat sedih apabila memberi reaksi terhadap potongan gaya rambutnya di mana ia dipotong nipis di sebelah sisi dan pendek di bahagian depan.

Katanya, dia juga mahu berpindah ke Korea Utara kerana gaya rambut tersebut sesuai digayakan di negara berkenaan selain mudah mendapat pekerjaan dengan rambut seperti itu jika berada di sana.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai turut bersimpati dengan nasib pemuda itu, malah ada daripada mereka memberikan reaksi positif dengan mengatakan rambut itu sesuai digayakan.

“Mesti dapat jawatan besar kalau cari kerja dengan fesyen rambut itu,” seloroh Wanz Nakadnas.

“Abang potong dekat Jawdrop Barbershop Shah Alam, kita belanja, jangan risau,” kata Farid Aiman.

“Comel sahaja rambut itu, jangan risau bang,” pujuk Siti Maria25. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI