fbpx

MoU Mapim, Diyanet bakal tingkat misi kemanusiaan dunia Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (kiri) dan Ahmad Sany Araby Abdul Alim Al-Kahery menunjukkan MoU dimeterai dengan Yayasan Diyanet di Ankara, Turki baru-baru ini. – FOTO: IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menaruh keyakinan pelbagai misi kemanusiaan dari Malaysia akan ditambah lagi lebih banyak bagi melibatkan seluruh dunia Islam.

Ia susulan pemeteraian rasmi memorandum persefahaman (MoU) antara Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan pihak Yayasan Diyanet di bawah kerajaan Turki.

“Menerusi gabungan dua organisasi ini, kita optimis mampu lagi pergiat kerjasama operasi kemanusian pelbagai negara Islam,” jelas beliau menerusi hantaran dalam akaun sosialnya.

MoU julung kali dimeterai itu melakar sejarah ketika lawatan kerja rasmi pertama beliau ke Turki selama tiga hari mulai 20 Disember lalu sebelum balik ke tanah air ekoran banjir besar.

Ketika di sana, beliau berpeluang mengadakan pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Menteri Luarnya, Mevlut Cavusoglu bagi mengukuhkan hubungan dua negara.

Ini termasuk perbincangan mengenai peluang perdagangan dan pelaburan serta kerjasama dalam bidang pendidikan, pertahanan, pengangkutan dan pengurusan isu wabak Covid-19.

Yayasan Diyanet merupakan agensi di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama yang ditubuhkan pada tahun 1924 lalu dengan misi dakwah Islam ke seluruh dunia terutamanya negara-negara Barat.

Mapim yang ditubuhkan sejak tahun 2005, diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Sany Araby Abdul Alim Al-Kahery dan acara MoU dimeterai itu turut disaksikan Saifuddin di Ankara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI