fbpx

Menteri Itali kritik polis malu pakai pelitup muka ‘pink’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
elitup muka merah jambu didakwa merosakkan imej pasukan polis Itali. - Getty Images

ROM, Itali – Kesatuan polis Itali menerima banyak aduan rasa tidak puas hati  dalam kalangan  anggotanya disebabkan pengedaran pelitup muka berwarna merah jambu kepada mereka, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Menurut Kesatuan Polis Autonomi (SAP) yang mewakili satu per lima pihak berkuasa di negara itu, pemakaian pelitup muka merah jambu merosakkan imej institusi tersebut.

Dalam suratnya kepada Ketua Polis Itali,  Setiausaha Agung SAP, Stefano Paoloni membantah pemakaian pelitup muka merah jambu bagi hampir 20,000 ahlinya.

“Merah jambu bukan warna yang sesuai untuk identiti anggota polis dan kami agak keliru bagaimana warna itu diluluskan oleh pihak atasan.

“Kami menyeru tindakan segera untuk memastikan rakan sekerja berkhidmat dengan pelitup muka warna berbeza contohnya putih, biru atau hitam selaras dengan pakaian seragam polis negara ini,” tulis surat itu.

Dalam masa sama, SAP menafikan pihaknya bersikap prejudis terhadap pelitup muka warna merah jambu namun pemakaiannya bagi anggota polis dibantah berdasarkan dasar seragam polis negara.

Di Twitter, Timbalan Menteri Infrastruktur Itali, Teresa Bellanova menyelar isu tersebut dengan mengatakan penghormatan terhadap pakaian seragam tidak datang dari warna pelitup muka.

“Pakaian seragam dihormati kerana tingkah laku dan integriti kerja anggota tidak kira lelaki atau wanita yang memakainya,” kata Bellanova. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI