fbpx

Lirik lagu memang ganggu persembahan saya – Shidee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIDEE terpaksa akur apabila mendapat markah terendah dalammkonsert minggu kelapan, sekali gus gagal mendapat ke final GV8, Ahad ini.

PETALING JAYA – Tidak berkecil hati, penyanyi veteran Shidee mengakui sudah menjangkakan perjalanannya di pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) pasti terkandas menjelang konsert separuh akhir.

Menghormati keputusan setiap juri, Shidee atau nama sebenarnya, Rashid Abd. Wahab juga tidak berselindung mengakui memang melakukan kesilapan ketika menyampaikan Sedetik Lebih (Anuar Zain) dan Kerna Dia (Yassin Sulaiman).

“Untuk menyanyi dengan baik, lirik lagu kena betul-betul masuk dalam jiwa tetapi saya pula, selalu ada masalah dan lambat nak ‘catch u’p lirik.

“Bab lirik lagu, memang saya ini agak susah cepat tangkap. Saya akui itu kelemahan diri,” katanya kepada Kosmo! Online usai diumumkan tersingkir malam tadi.

Sama seperti peserta lain, Shidee yang terkenal menerusi lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat, turut menyimpan hasrat untuk bertanding di pentas akhir GV8.

Dia bagaimanapun enggan mempersoalkan keputusan juri yang sebulat suara memberi markah terendah, sekali gus memusnahkan peluangnya bertanding pada malam final GV8.

“Ya, ada juga rasa nak melangkah ke final tetapi bila difikirkan semula tentang kemampuan diri sukar nak menghayati lirik, timbul juga rasa tidak yakin.

“Tidak mudah untuk kita menjiwai sesebuah lagu sewaktu bertanding, latihan juga dilakukan dalam tempoh yang singkat.

“Apa pun, saya tidak akan pertikaikan keputusan juri, mereka sudah cukup adil dan yang masuk ke final juga hebat-hebat belaka,” tuturnya lagi.

Berjanji tidak akan menghilang daripada dunia nyanyian, Shidee tetap akan meneruskan kerjayanya sebagai anak seni dan merancang menghasilkan sebuah single sebagai hadiah istimewa selepas ini.

“Sejak sertai GV8, orang pun dah semakin ramai yang mengenali saya semula.

“Disebabkan itu, saya fikir apa salahnya untuk keluarkan sebuah single baharu nanti sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang tidak henti-henti menyokong perjuangan saya dalam GV8.

“Selain itu, jika rindu nak dengar nyanyian saya, boleh datang ke Restoran D’Empangan Udang Galah Putrajaya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Shidee dan Ani Mayuni yang memperoleh markah terendah diumumkan sebagai dua peserta tersingkir pada konsert separuh akhir GV8 yang berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Meneruskan perjuangan, Aweera, Aliff Aziz, Nikki Palikat, Suki Low, Adibah Nor dan Azan Scan pula berjaya menempatkan diri sebagai finalis GV8. – K! ONLINE

at, Suki Low, Adibah Nor dan Azan Scan pula berjaya menempatkan diri sebagai finalis GV8. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI