fbpx

Kenapa susah sangat untuk hormati lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMALANGAN sering berlaku di persimpangan lampu isyarat.

SAUDARA PENGARANG,

KES kematian di jalan raya terutama melibatkan penunggang motosikal meningkat saban tahun.

Ada yang menemui ajal selepas dirempuh kereta dan ada juga yang mati ketika berlumba di jalan raya.

Kesan daripada kemalangan ini bukan hanya dirasai oleh ahli keluarga, malah turut menjentik naluri setiap pengguna jalan raya apabila melihat jasad manusia bergelimpangan di jalan raya.

Selaku pengguna jalan raya tegar yang setiap hari menghabiskan masa berjam-jam di dalam kereta, ada terdetik rasa geram dengan tindakan sesetengah pemandu yang masih berfikiran kolot.

Lampu isyarat yang disediakan kerajaan untuk melancarkan trafik seolah-olah seperti tidak wujud.

Mereka tidak memikirkan langsung warna yang terpampang di lampu isyarat itu asalkan dapat cepat sampai ke destinasi.

Menyedihkan apabila kalangan mereka ini sebenarnya terdiri daripada golongan belia yang mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Kita faham, pendapatan yang mereka raih bergantung kepada banyak mana tempahan yang diperoleh. Makin cepat barang atau makanan dihantar, maka makin banyak komisyen yang akan diperoleh.

Sedarlah, tuah yang baik tidak selalunya bersama kita dan malang itu juga tidak berbau. Kita tidak mahu ‘budaya’ melanggar lampu isyarat ini dijadikan sebagai trend dalam kalangan pemandu terutama penunggang motosikal.

Kembalilah kepada kata-kata hikmah, biar lambat asalkan selamat kerana kehidupan dan kematian itu akan datang hanya sekali.

DILLA SUHAILA
Puchong, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI