fbpx

Jangan takut dapatkan dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGAMBILAN dos penggalak penting bagi membantu kerajaan melawan penularan Covid-19.

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK awal tahun 2021, rakyat Malaysia beratur di pusat-pusat vaksinasi untuk mendapatkan suntikan dos vaksinasi utama.

Biarpun ada sedikit keraguan pada awalnya, pengambilan suntikan vaksin meningkat dan setakat 4 Januari, 97.7 peratus orang dewasa (18 tahun ke atas) telah mendapat vaksinasi lengkap (2 dos).

Bagi mereka yang berusia 12 hingga 17 tahun pula, peratusan vaksinasi lengkap mencapai 87.7 peratus.

Tetapi perjuangan melawan virus ini adalah berterusan. Beberapa bulan selepas kita memaparkan foto-foto sudah disuntik vaksin dengan penuh bangga, kita sekali lagi dikehendaki pergi ke klinik dan kali ini untuk mendapatkan suntikan dos penggalak pula.

Pihak berkuasa kesihatan sebelum ini memberi jaminan kepada kita yang dos penggalak tidak diperlukan. Jadi, kenapa berlaku perubahan pula?

“Makin banyak yang kita pelajari mengenai virus ini dari semasa ke semasa. Pada mulanya, dua (2) dos vaksin sudah difikirkan memadai.

“Tetapi penyelidikan diteruskan dan dengan data baharu, kita kini tahu bahawa kesan perlindungan (atau tahap peneutralan antibodi) bagi semua vaksin cenderung menurun mengikut peredaran masa.

“Sebab itulah kerajaan dan pihak berkuasa lain di seluruh dunia kini mengesyorkan suntikan dos penggalak,” jelas Ketua dan Perunding Penyakit Berjangkit bagi Pusat Pengajian Perubatan di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Profesor Dr. James Koh.

Menurut Dr. James, perkara ini tidak sepatutnya mengejutkan kerana kebanyakan vaksin memang ada dos penggalak.

Misalnya, vaksin Hepatitis B ada tiga (3) dos suntikan, yang mana dos kedua dan ketiga adalah dos penggalak.

“Suntikan dos penggalak anti-Tetanus pula sepatutnya diberikan sekali dalam tempoh setiap 10 tahun, manakala suntikan vaksin pneumokokal yang memberi perlindungan daripada pneumonia disarankan sekali setiap lima (5) tahun.

“Ia bukanlah unik kepada vaksin Covid-19 sahaja.

“Ini kerana, kita mungkin tidak biasa dengan vaksin dos penggalak kerana rakyat Malaysia tidak biasa mendapatkan vaksinasi,” terangnya.

JOEY GAN
Perunding Utama
Era Digitalogik Services
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI