fbpx

Hakim saran masjid, tukang rakam dan viral mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan seorang remaja dimandikan seperti jenazah selepas ditangkap mencuri tabung sebuah masjid.

SHAH ALAM – Pihak masjid dan mereka yang merakam dan menularkan insiden seorang remaja dimandikan seperti jenazah dalam cubaan mencuri sebelum ini diminta tampil membuat permohonan maaf.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Abdul Halim Aman berkata, permohonan maaf itu perlu dilakukan kepada pesalah (Daniel Iskandar) khususnya dan masyarakat secara umumnya.

Katanya, perkara tersebut bukan satu perintah mahkamah sebaliknya saranan daripada beliau.

“Jika saranan itu dipersetujui, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) boleh mengaturkannya (untuk permohonan maaf tersebut).

“Langkah ini bagi menjernihkan semua pihak agar tidak berpanjangan dan diharap perbincangan dapat dilakukan dan dipersetujui (saranan mohon maaf itu),” katanya dalam penghakimannya.

Abdul Halim turut memberitahu langkah itu juga bertujuan bagi mengambil iktibar demi masa hadapan Keluarga Malaysia.

“Yang berlaku biar berlalu dan tidak boleh dipadamkan. Sebaliknya, jadikan pengajaran dan setakat ini kemaafan secara terbuka boleh menjernihkan keadaan,” jelasnya.

Terdahulu, pada prosiding semakan kehakiman, Abdul Halim mengenepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 dikenakan Mahkamah Majistret Selayang, sebelum ini.

Mahkamah sebaliknya menggantikan kepada khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI