fbpx

Gunung berapi Tonga meletus kuat sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUNUNG berapi bawah laut Hunga-Tonga-Hunga-Ha'apai tiba-tiba meletus dan mencetuskan ombak tsunami dua hari lalu. - 1NEWSNZ/TWITTER

SYDNEY – Satu lagi letusan besar dikesan pada gunung berapi Tonga, kata stesen pemantauan berpangkalan di Darwin, Australia hari ini, dua hari selepas letusan gergasi mencetuskan ombak tsunami di rantau Pasifik.

Letusan terbaharu itu dikesan pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) tadi, demikian menurut amaran Pusat Nasihat Abu Vulkanik Darwin. Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyatakan bahawa pihaknya turut mengesan ombak besar di kawasan itu.

“Ini mungkin disebabkan oleh satu lagi letusan gunung berapi Tonga. Tiada gempa bumi kuat yang berlaku dan boleh menghasilkan ombak ini,” katanya. 

Letusan gergasi gunung berapi bawah laut di Tonga dua hari lalu sungguh kuat sehinggakan ia dapat dikesan di seluruh dunia dan mencetuskan tsunami yang melanda pantai di rantau Pasifik dari Jepun hingga ke Amerika Syarikat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI