fbpx

Guardiola buat City selesa di puncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE (kiri) melakukan rembatan kencang untuk menjaringkan gol tunggal pada minit ke-70 ketika City menewaskan Chelsea 1-0 di Stadium Etihad kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Manchester City terus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan pencabar terdekat, Chelsea 1-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad malam kelmarin.

Pemain tengah The Citizens, Kevin De Bruyne menjadi wira pasukan itu apabila sepakan lencong yang dilakukan pada minit ke-70 berjaya menewaskan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizaba­laga.

Meskipun selesa menerajui saingan, namun pengurus City, Pep Guardiola memberi amaran kepada anak-anak buahnya agar tidak terlalu selesa memandangkan apa sahaja boleh berlaku.

“Saya tahu ada pasukan yang pernah mensia-siakan perbezaan mata jauh sebelum terlepas gelaran liga. Kami tidak boleh leka kerana ia boleh memberi masalah besar kepada pasukan.

“Sekarang tugas saya adalah untuk pastikan semua pemain tidak termakan dengan kata-kata orang ramai bahawa kami sudah tidak mampu dicabar oleh pasu­kan-pasukan lain,” kata bekas jurulatih Barcelona itu.

Bagaimanapun, beliau tetap mengakui lega dengan kemenangan kedua ke atas Chelsea musim ini, sekali gus berjaya melebarkan kedudukan ke atas juara Eropah itu serta satu lagi pasukan pencabar, Liverpool.

“Sudah tentu kami sangat gembira dengan kedudukan sekarang kerana ia mampu jadi batu loncatan kepada pasukan. Apa yang penting, semua pemain perlu fokus dengan tugas masing-masing sehingga ke peng­hujung musim,” ujar Guardiola.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI