fbpx

Cuaca cerah hampir semua negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keadaan cuaca dilaporkan cerah bagi hampir kesemua negeri sekitar semenanjung pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporan cuacanya hari ini berkata, keadaan cuaca baik ini dijangka akan berterusan sehingga ke awal petang nanti.

“Pada lewat petang pula, dijangkakan ribut petir akan mula berlaku di beberapa kawasan di sekitar pedalaman negeri Perak, Lembah Klang, pedalaman Negeri Sembilan, Pahang dan juga Johor daripada lewat petang sehinggalah ke awal malam nanti.

“Keadaan kini juga dilihat agak panas dan juga kering di kawasan-kawasan sekitar semenanjung terutamanya pada waktu tengah hari dan juga awal petang nanti,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, menurusi tinjauan MetMalaysia semalam, beberapa stesen di sekitar bandar-bandar utama merekodkan suhu maksimum yang tinggi dengan Petaling Jaya mencatatkan suhu sehingga 35 darjah Celsius.

“Oleh itu, orang ramai diminta supaya banyakkan meminum air dan kurangkan aktiviti di luar rumah, hanya keluar rumah apabila perlu.

“Sementara itu, untuk keadaan cuaca di negeri Sabah dan Sarawak, bagi negeri Sarawak hujan dan ribut petir pada pagi ini dilihat berlaku di sepanjang kawasan persisir pantai dan juga di sekitar pedalaman negeri berkenaan,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, keadaan cuaca hujan di negeri Sarawak dijangka berterusan sehingga waktu tengah hari.

“Untuk negeri Sabah pula, hujan masih lagi memasuki di bahagian-bahagian di sekitar timur negeri berkenaan sejak semalam.

“Oleh itu, MetMalaysia masih lagi mengekalkan amaran cuaca waspada bahagian-bahagian sekitar timur negeri Sabah ini selama beberapa hari berikutan keadaan hujan lebat yang dijangka berterusan di sekitar kawasan-kawasan berkenaan,” tambahnya.

MetMalaysia juga mengingatkan orang ramai khususnya mereka yang berada di kawasan rendah dan di kawasan yang kerap banjir supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI