IPOH – Wakil Perak ke liga M3 2022, BRM FC diperkuatkan apabila mengikat bekas penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani hari ini.
Pengambilan penyerang berusia 32 tahun itu menjadikan tiga pemain berpengalaman menyertai skuad bimbingan jurulatih Manja Man dalam kejohanan bakal bermula 11 Februari nanti.
Dua lagi pemain ialah Azmeer Yusoff dan Mohd. Fitri Omar.
Pengurus pasukan , Aliff Nor Azaman yakin pengambilan pemain itu mampu meningkatkan kemampuan jentera serangan Kelab dari Kuala Kangsar itu.
“Fakri mengikat kontrak setahun dengan kami. Kehadirannya diyakini meningkat kemampuan pasukan, ” katanya.
Menurut Aliff, pasukan itu bersungguh-sungguh dalam mengejar impian ke Liga Perdana 2023.
Sebanyak 20 pasukan menyertai liga amatur anjuran Liga Bolasepak Amatur (AFL) yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000 itu. -K! ONLINE.