fbpx

25,000 pelajar sekolah terima bantuan persekolahan YBR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkarnain (kanan) beramah mesra dengan sebahagian murid dan pelajar yang menerima bantuan YBR di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan RM2.5 juta bagi program bantuan persekolahan kepada murid dan pelajar kurang berkemampuan (B40) berkelayakan di seluruh negara.

Pengerusi YBR, Datuk Zulkarnain Omardin berkata, program bantuan persekolahan tersebut akan memberi manfaat kepada 25,000 penerima.

Beliau berkata, bantuan tersebut merupakan inisiatif YBR bagi meringankan tanggungan ibu bapa khususnya golongan B40 membuat persiapan kembali ke sekolah.

“Insentif wang tunai RM100 seorang itu diharap dapat digunakan untuk membeli kelengkapan sekolah.

“Kita memahami ramai mengalami masalah kewangan berikutan kejadian banjir besar di beberapa negeri dan penularan Covid-19,” katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan tersebut kepada 150 murid dan pelajar Kuala Terengganu di sini hari ini.

Zulkarnain berkata, pemberian bantuan persekolahan tersebut disasar dapat disalurkan kepada semua penerima berkelayakan sebelum pembukaan pada sesi persekolahan baharu 2022 pada Mac depan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, YBR menerima 4,000 permohonan tambahan berhubung bantuan persekolahan berkenaan.

“Sehubungan itu, kita bercadang untuk menambah peruntukan bantuan persekolahan tersebut sekiranya diluluskan Ahli Lembaga Pengarah YBR,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI