PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi perasaan terujanya dapat menggunakan tandas awam bertemakan ‘kayangan’ di sebuah stesen minyak.
Melalui perkongsian video di laman Facebook Erra Nik Yahya, memaparkan keterujaan wanita tersebut yang mengakui itu merupakan kali pertama dia melihat tandas awam dihias dengan cantik dan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penggunanya.
“First time jumpa tandas kayangan di stesen minyak di Melor, kelantan. Teruja teruk aku.
“Mungkin sesetengah orang akan berfikir “terlalu memuja tempat kotor” tapi bagi aku ini satu
kepuasan pada pemilik dan juga boleh membuka mata ramai orang untuk menjaga kebersihan,” katanya.
Dalam video tersebut, dapat dilihat terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti pendingin hawa, televisyen, meja solek, radio serta mesin penapis air.
Wanita berkenaan turut mengucapkan tahniah kepada seorang individu yang dipercayai merupakan pemilik stesen minyak tersebut, iaitu Datuk Dr. Ahmad Omar.
Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati orang ramai memuji usaha pemilik stesen minyak tersebut dalam menyediakan tandas awam yang selesa untuk pelanggannya.
“Banyak kali dah dengar orang bercerita pasal tandas ini. Baru betul-betul dapat tengok kali ni, memang wow,” kata Mirdawati.
“Alamatnya beraturlah menunggu. Siap boleh tengok ‘movie’,” kata Abdul Manaf.
“Cantik betul tandas dia, berapa agaknya berhabis duit nak bayar aircond tu,” kata Sapavi. – K! ONLINE