KEMELUT antara Datuk Seri Vida dengan Iqbal Zulkefli nampaknya belum lagi menemui titik noktah.
Saling sindir-menyindir dan berbalah dalam media sosial. Itu yang berlaku sehingga hari ini sampaikan ramai sudah naik muak dengan drama mereka.
Mungkin sebagai ahli perniagaan, mereka inginkan perhatian sebegini, tetapi tetap dianggap populariti murahan kerana meraihnya dengan cara yang tidak sepatutnya dilakukan.
Lebih baik bersua muka daripada bergaduh dalam media sosial masing-masing, sampaikan ada pula campur tangan selebriti lain seperti Zarina Anjoulie.
Sudah-sudahlah mencipta perhatian sendiri dan berhentilah berbalah atas isu yang tidak sepatutnya. Cerita beberapa tahun dahulu mengenai penajaan sebuah program hiburan pun mereka jadikan isu.
Pelik dan rimas tetapi percayalah, drama mereka dijangka akan berterusan. Tabahlah semua hendak menghadap permainan mereka.
DIVA: Tetap suka cara ibu Hetty Koes Endang beri komen dalam GV8. Setidak-tidaknya orang tak pandai pasal nyanyian jadi faham.