fbpx

Teroka hutan ganggu habitat pak belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SYAHBUDDIN (kanan) melawat penduduk Orang Asli di Kampung Tendrik, Pos Bihai, Gua Musang semalam. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli di Pos Bihai di sini yakin kegiatan penerokaan hutan yang berleluasa di Gua Musang menyebabkan kemusnahan habitat harimau belang sehingga binatang buas itu tersesat masuk ke perkampungan mereka.

Seorang penduduk Kampung Tendrik, Along Musa, 65, berkata, sebelum ini, mereka tidak pernah berjumpa secara dekat harimau, tetapi mempercayai binatang berkenaan berlindung di kawasan hutan tebal itu.

“Setiap kali masuk hutan mencari sumber makanan, kami ha­nya terjumpa tapak kaki harimau.

“Tetapi kini, kami dapat melihatnya dengan lebih dekat dan kejadian ini sudah pasti berpunca daripada habitatnya yang telah diganggu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, penduduk menyuarakan kebimbangan de­ngan ancaman pak belang yang kini ‘menceroboh’ penempatan yang dihuni mereka sejak berpuluh-puluh tahun.

Katanya, penduduk turut mengakui aktiviti ekonomi dan sosial mereka terjejas selain berhadapan dengan masalah keciciran pendidikan apabila anak-anak mereka tidak ke sekolah.

“Saya sudah diberi taklimat daripada pegawai dan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhi­litan) negeri sebanyak dua kali bahawa Pos Bihai adalah habitat pak belang.

“Kemunculan harimau sejak akhir-akhir ini mungkin kerana habitat mereka terancam akibat aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, pun ca sebenar dan masalah ini perlu diteliti kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di Pos Bihai di sini semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, lebih 1,000 penduduk Orang Asli di Pos Bihai terpaksa berkurung di dalam rumah kerana bimbang dengan ancaman harimau belang di kawasan kampung mereka.

Dalam satu rakaman video tular baru-baru ini menyaksikan tiga ekor harimau belang dikesan muncul di kawasan semak di tepi pagar asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Balar di kampung ber­kenaan baru-baru ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI