fbpx

Tengok jadual artis K-pop, buat Sharifah Rose rasa kerdil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH ROSE kini muncul dengan program Master In The House yang turut menampilkan BamBam Got7.

PETALING JAYA – Kagum dengan disiplin kerja artis K-pop. Begitulah yang diakui pelakon Sharifah Rose apabila menceritakan pengalamannya berpeluang bertentang mata dengan salah seorang anggota kumpulan terkenal Korea Selatan, Got7 iaitu BamBam.

Menurut pelakon yang mesra disapa sebagai Rose, episod pertama program Master In The House bersama BamBam antara momen yang tidak akan dilupakannya sebagai anak seni.

“Nampak kehidupan BamBam yang merupakan selebriti kelahiran Thailand seperti normal tetapi sebenarnya dia bekerja bukan selama 24 jam sehari tetapi 25 jam.

“Rutin hidupnya menjadi penyanyi, pelakon, penari dan pengacara kemudian ada pula dia berulang-alik Korea-Thailand, memang terkejut dengan usaha yang diberikan untuk berada di tahap sekarang. Sangat mengagumkan saya,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Rose yang terkenal menerusi drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard itu memberitahu perkongsian BamBam sememangnya berjaya meninggalkan bekas dalam dirinya sebagai seorang pendatang baharu dalam dunia seni tanah air.

“Apabila mendengar cara dan rutin kerjanya, rasa kerdil sangat sampaikan terfikir kecilnya saya yang merupakan artis baharu dalam dunia hiburan dunia.

“Sebelum ini saya ada juga rasa penat sebagai pelakon tetapi selepas melihat usahanya, saya terus buang pemikiran tersebut.

“Selain itu, program ini juga merupakan platform untuk saya belajar dan mendapat ilmu daripada barisan selebriti yang terlibat sebagai Master,” katanya lagi.

Semalam, episod pertama Master In The House memaparkan BamBam sebagai selebriti jemputan yang bersiaran malam tadi menjadi bahan bualan hangat sehingga trending dalam Twitter.

Sebagai info, selain Rose, Hael Husaini, Andi Bernadee, Scha Elinnea dan Meyra merupakan pengacara bagi program yang diadaptasi daripada Korea Selatan tersebut.

Selepas BamBam, beberapa selebriti dan individu popular bakal mengisi posisi sebagai Master untuk setiap episod akan datang seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan koregrafer tarian kumpulan K-pop terkenal, BTS iaitu Son Sung-deuk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI