fbpx

Tengah hari, senja waktu tekong darat seludup PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhari (tiga dari kiri) bersama anggota Batalion 7 PGA membuat tinjauan di Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang. FOTO YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Tekong darat menjadikan waktu tengah hari dan senja sebagai peluang terbaik untuk mereka menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Azhari Nusi berkata, tekong darat beranggapan anggota yang bertugas berehat untuk makan dan menunaikan solat.

Menurutnya, jangkaan tekong darat itu silap, apabila anggota PGA tetap bertugas seperti biasa.

“Sepanjang tempoh penugasan Batalion 7 PGA, kami telah menahan 61 orang PATI warga Thailand, Myanmar dan Indonesia.

“Daripada jumlah tersebut, Thailand merupakan jumlah tangkapan paling tertinggi dicatatkan oleh Batalion 7 PGA,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI