fbpx

Tang Jie-Yen Wei terlepas gelaran sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HASRAT beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei untuk memulakan saingan musim baharu dengan gelaran juara tidak terlaksana apabila tewas pada perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka India sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Arena Tertutup K.D. Jadhav itu, Tang Jie-Yen Wei terapksa akur dengan kekalahan straight set 15-21, 18-21 kepada beregu Singapura, Terry Hee Yong Kai-Tan Wei Han.

Pemain lawan nyata berada dalam kelas tersendiri apabila hanya memerlukan masa 40 minit untuk melakar kemenangan, sekali gus menjadi gelaran sulung mereka dalam saingan musim bahar.

Walaupun tewas, namun beregu yang berada di ranking ke-40 dunia itu masih berpeluang untuk menebus kecewa apabila akan menyertai kejohanan antarabangsa India di Lucknow bermula esok.

Tang Jie-Yen Wei akan turun sebagai pilihan kedua kejohanan dan dijadualkan bertemu wakil tuan rumah, Pratik Ranade-Kanika Kanwal pada pusingan pertama nanti.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI