JAKARTA – Pasukan Petugas Pengendalian Covid-19 (Satgas) Aceh Barat, mengesahkan bahawa sudah hampir dua bulan tiada kes baharu koronavirus di daerah itu, laporan laman Suara.com, kelmarin.
Berita itu disampaikan oleh Jurucakap Pembahagian Tugas Satgas, Adlin yang mezahirkan rasa bersyukur dengan keadaan semasa di kawasan tersebut.
“Alhamdulillah, sudah lebih 45 hari tiada kes baharu Covid-19 yang direkodkan di Aceh Barat.
“Pihak Satgas berharap keadaan ini kekal beterusan dan semua penduduk di daerah ini sentiasa menjaga protokol kesihatan setiap masa,” jelasnya.
Berdasarkan data yang diperoleh daripada Pejabat Kesihatan, ketika ini jumlah orang yang berstatus individu dalam pemantauan (ODP) dan sedang dirawat juga tiada di Aceh Barat.
Sejak awal pandemik pada 2020, jumlah penduduk Aceh Barat yang disahkan positif Covid-19 sehingga akhir November 2021 mencecah 1,020 orang.
Manakala jumlah pesakit atau penduduk yang sembuh daripada Covid-19 pula ialah sewramai 954 orang dengan 66 daripada mereka meninggal dunia. – Agensi