fbpx

Semuanya bermula dengan menulis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DENGAN menulis otak kita mula bercambah dan mendapat idea-idea bagi melakukan tindakan yang perlu.

SEMASA terbang balik dari Dubai baru-baru ini, saya ternampak buku nota dan pen yang disediakan.

Kebiasaannya, saya suka ‘scribble’ atau menconteng bila dalam perjalanan balik yang mana sebelum tersebar virus Covid-19, boleh dikatakan setiap bulan saya akan ke luar negara dan belajar.

Saya juga mengambil kesempatan itu untuk menulis.

Kuasa menulis semula impian

Saya tulis apa nak dicapai dengan impian pada 2022.

Jangan salah anggap pula, bukan saya tak biasa menulis impian tetapi nak beritahu anda tentang ‘kuasa menulis semula’.

Sebenarnya, saya sudah menulis apa yang nak dicapai tahun ini, namun apabila kita menulis semula membuatkan ia mengukuhkan lagi apa yang hendak dicapai.

Ia membuatkan otak kita mula bercambah, fikir dengan lebih dalam dan mendapat idea-idea bagi melakukan tindakan yang perlu.

Menulis adalah perkara penting untuk anda lakukan pada awal tahun baru ini.

Bermula dengan impian

Selain itu, menulis juga membolehkan saya mengingatkan kembali banyak benda dan ia juga mengingat tentang kenapa orang datang ke program saya asalnya.

Sememangnya bangsa usahawan yang datang pasti ada cabaran masing-masing namun jika dilihat sebenarnya ia bermula daripada impian mereka.

Ada orang impiannya besar, kecil malah ada juga tidak mempunyai impian sebab tidak berani!

Saya juga ingin kongsikan di sini, orang yang ‘stuck’ atau tersangkut dalam hidup ini kebiasaannya disebabkan dia fokus kepada masalah itu saja.

Situasi orang itu tidak melangkaui apa sebenarnya dia hendak capai yang mana kuncinya adalah bermula dengan impian dan matlamatnya.

Matlamat tidak akan menjadi besar jika anda tidak besarkan rasa kemungkinan untuk mencapai yang lebih tinggi.

Keyakinan mula hadir bila melihat orang yang sudah mencapainya dan jadikan ia bukan saja sebagai impian semata-mata sebaliknya ditukar kepada matlamat.

Ini bukan hanya untuk diri sendiri, malah pasukan bisnes anda juga boleh dibantu.

Ambil tahu impian pasukan sendiri dan bantu apa yang dapat dalam proses untuk mencapainya.

Ingat, sekiranya anda betul-betul bantu orang lain mencapai apa yang mereka kehendaki akhirnya nanti anda juga akan dapat apa yang dikehendaki.

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda kisah salah seorang anak didik kami iaitu Diyana Tahir, yang merupakan Pengasas Ehati dan beliau telah membantu lebih 5,000 pasangan hampir bercerai untuk kembali bahagia.

Sebelum itu, beliau pernah gagal dalam perkahwinan pertama hingga mengganggu kesihatan sehingga diberhentikan kerja, berdepan masalah kewangan hingga kereta ditarik bahkan rumah turut dilelong.

Bisnes yang dijalankannya juga tidak menampakan hasil sehingga Ehati yang diasaskan itu hampir ditutup disebabkan soal kewangan yang kritikal.

Bayaran gaji staf dan diri sendiri serta kos operasi juga sudah tidak mampu diselesaikan.

Alhamdulillah titik tolak perubahan Ehati berlaku apabila Diyana beri peluang kepada dirinya untuk belajar dalam program-program RichWorks dan mendapatkan bimbingan yang terbukti berjaya.

Hasil mengikuti ilmu, strategi dan bimbingan mentor, bisnes dijalankannya itu cepat meningkat dan bertambah lebih baik.

Jika dulunya beliau kekurangan staf, kini Diyana mempunyai lebih 60 orang malah jualan pada tahun lalu mencapai lebih RM10.5 juta berbanding RM6.9 juta pada 2020 meskipun dalam keadaan pandemik, alhamdulillah.

Siapa di sini sudah menulis semula, apa yang nak dicapai tahun ini?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI