PETALING JAYA – Kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri Sarawak pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebook memaklumkan amaran cuaca buruk itu melibatkan kawasan Kuching dan Miri (Miri dan Marudi).
“MetMalaysia menjangkakan keadaan tersebut akan berterusan sehingga pukul 9 pagi nanti.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya di sini hari ini.
Selain itu, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – K! ONLINE