fbpx

Remaja 15 tahun antara ditahan tunggang secara berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara aksi berbahaya yang ditunjukkan beberapa penunggang motosikal dalam operasi hujung minggu yang dijalankan JSPT KL. - FOTO IHSAN JSPT KL

KUALA LUMPUR – Seramai 12 lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun ditahan polis selepas menunggang motosikal secara berbahaya di sekitar ibu negara di sini semalam.

Difahamkan, remaja berkenaan tidak bersekolah dan bekerja di pasar borong sekitar ibu negara telah ditahan bersama 11 lagi individu yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 22 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kesemua mereka didapati menunggang motosikal secara berbahaya selain mempamerkan aksi seperti ‘Superman’,’roket’ dan bersaing antara satu sama lain.

“Mereka telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

“Kita telah mengadakan Ops Samseng Jalanan, Ops Motosikal serta Pelbagai Kesalahan pada hujung minggu di beberapa lokasi tumpuan seperti pusat bandar, Jalan Pahang, Jalan Genting Klang dan Jalan Raja Laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, secara keseluruhan, sebanyak 465 jumlah saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan sebanyak 17 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

“Dalam operasi terbabit, kita juga telah menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang disyaki menunggang motosikal curi dan telah diserahkan ke Balai Polis Sri Damansara untuk tindakan lanjut.

“Seramai 14 lelaki berusia dalam lingkungan 25 hingga 66 tahun telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dana akan dituduh di bawah Seksyen 45)A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Katanya, JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya. – K! ONLINE.

Kapsyen : Antara aksi berbahaya yang ditunjukkan beberapa penunggang motosikal dalam operasi hujung minggu yang dijalankan JSPT KL. – FOTO IHSAN JSPT KL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI