fbpx

PPIM beri sumbangan kenderaan kepada Darul Jariyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadzim Johan (dua dari kiri) bersama Jalijah Awang (kanan) bergambar kenangan pada Majlis Simbolik Serahan Kenderaan kepada Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah hari ini.

RAWANG – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menghulurkan sumbangan sebuah kereta jenis Naza Ria kepada Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah menerusi projek Infaq Rezeki.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, sumbangan ini adalah untuk membantu pertubuhan berkenaan supaya terus mempunyai kemampuan untuk beroperasi dengan lebih baik pada masa hadapan.

“Sebelum ini kami ada melawat tempat ini dan dapati mereka hanya mempunyai sebuah kereta kecil jenis Perodua Viva walaupun mempunyai lebih daripada 3000 pelajar.

“Secara kebetulan, kami ada sebuah kenderaan yang lebih besar dan tidak berapa digunakan, jadi PPIM harap ia dapat digunakan semaksima yang mungkin bagi memudahkan pengurusan di sini, katanya pada Simbolik Majlis Serahan Sumbangan kepada Darul Jariyah di sini, hari ini.

Selain itu, jelasnya, PPIM melihat Darul Jariah juga mempunyai keupayaan untuk terus berkembang dan boleh dijadikan contoh oleh masyarakat luar.

“Dalam masa terdekat ini, banyak kemajuan dapat dilihat dengan adanya sukan memanah dan berkuda serta fasiliti yang lengkap.

“PPIM amat menghargai usaha yang dilakukan oleh pertubuhan ini bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti ini di samping mendidik orang Islam untuk menjadi lebih produktif,” ujarnya.

Sementara itu, pengasas Darul Jariyah, Jalijah Awang Kenit, 39, meluahkan rasa syukur menerima sumbangan kenderaan yang diberikan oleh PPIM.

“Rezeki kami dapat ini, Alhamdulillah. In Sya allah, kenderaan ini akan digunakan sebaik mungkin bagi menguruskan operasi harian,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI