fbpx

Makan tidak berhenti selepas dijangkiti Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Duffin mendakwa nafsu makannya bertambah mendadak selepas mendapat jangkitan varian Omicron. - Instagram

CANBERRA, AUSTRALIA – Seorang pesohor media sosial Australia mendakwa bahawa jangkitan Covid-19 varian Omicron telah memberikan selera makan tanpa henti buatnya, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Alexandra Duffin berkata, ini merupakan kali kedua dia diuji positif Covid-19 selepas mendapatnya buat kali pertama pada Oktober tahun lepas.

Menerusi laman TikTok, wanita itu memberitahu ketika dijangkiti Covid-19 kali pertama yang dipercayai disebabkan varian Delta, dia hilang selera makan dan mengalami susut berat badan.

“Apabila saya mendapat jangkitan kedua akibat varian Omicron awal bulan ini, situasi itu langsung tidak sama seperti sebelumnya. Saya tidak boleh berhenti makan.

“Selera makan saya bertambah dengan mendadak. Saya seperti mengambil lima hidangan sehari dalam masa lima minit,” katanya.

Pendedahan Duffin disokong oleh pengikutnya yang memberitahu ada dalam kalangan mereka turut mengalami masalah sama.

“Saya sangka keadaan ini hanya berlaku pada saya. Selepas dijangkiti varian Omicron, perut saya seperti tidak pernah cukup dengan makanan,” tulis salah seorang pengikutnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI