fbpx

Liverpool perlu ‘hidup’ tanpa Salah, Mane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (kiri) dan Mane (kanan) tidak dapat membantu Liverpool kerana mempunyai tugasan bersama negara masing-masing dalam saingan AFCON ketika ini. – AGENSI

LIVERPOOL – Pertemuan dengan Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield malam ini menjadi pentas terbaik buat Jurgen Klopp membuktikan Li­verpool tidak terlalu bergantung harap kepada Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Kedua-dua pemain itu kini bersama Mesir dan Senegal dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) hingga menyaksikan jentera serangan The Reds tumpul ketika terikat tanpa jaringan menentang Arsenal pada separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris kelmarin.

Justeru, Klopp menggesa pemain sedia ada supaya menggunakan peluang ini untuk mencari jalan penyelesaian dengan tampil lebih kreatif setiap kali mengatur serangan.

“Satu-satunya cara yang kami boleh elak daripada menerima soalan seperti ini adalah dengan menjaringkan gol.

“Mereka (Salah dan Mane) adalah pemain bertaraf dunia tetapi tidak dapat bersama kami. Ya, kami merindui sentuhan mereka tetapi perkara utama sekarang adalah bagaimana kami boleh tampil lebih baik.

“Ketika ini kami tidak berada pada prestasi terbaik. Namun, saya percaya kami sebenarnya boleh lakukan lebih baik dan itulah yang kami sedang usahakan,” katanya.

Pengurus dari Jerman itu berharap pasukannya mempelajari sesuatu daripada aksi menentang Arsenal dan mahu pemain lebih kreatif bagi membolehkan The Reds kembali merapatkan jurang dengan pendahulu, Manchester City.

“Berfikir lebih cepat amat penting berbanding anda berlari laju. Mo (Salah), Sadio (Mane) dan Naby Keita mampu berfikir pantas tetapi hakikatnya mereka tidak bersama kami. Jadi kami perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI