fbpx

Lagi pemilik syarikat ditahan disyaki tipu tender pembersihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik syarikat ditahan bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat didakwa mengandungi butiran palsu bagi tender pembersihan.

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi pemilik syarikat bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat didakwa mengandungi butiran palsu bagi memasuki tender pembersihan bernilai lebih RM60 juta pada 2018 dan 2019.

Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Dia kemudian dibenarkan untuk direman selama empat hari bermula hari ini oleh Majistret, Nur Nabilah A. Zainudin selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pagi tadi.

Penahanan individu terbabit menjadikan keseluruhan yang ditahan berkaitan kes tersebut sejak 11 Januari lalu ialah seramai 26 orang.

Mereka yang ditahan terdiri daripada pengarah dan pemilik syarikat, pengurus, kontraktor serta individu bekerja sendiri.

Menurut sumber, suspek dipercayai mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan di wilayah utara untuk memasuki tender pada 2018 dan 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI