fbpx

Kinta Riverwalk kembali jadi tarikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nolee (empat dari kanan) bersama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin (empat dari kiri) selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kinta Riverwalk di Ipoh malam tadi.

IPOH – Lokasi ikonik bandaraya Ipoh, Kinta Riverwalk akan dijaga dengan baik dan kekal menjadi salah satu tarikan pengunjung ke sini apabila diletakkan sepenuhnya di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Sebelum ini kawasan itu telah beberapa kali dinaik taraf dan menerima ramai pengunjung, malangnya hilang daya tarikan sedikit demi sedikit apabila menjadi tidak terurus.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, seliaan di bawah MBI lebih mudah termasuk berkaitan senggaraan.

Menurut beliau, justeru pembukaan semula kawasan rekreasi tersebut dengan landskap baharu mengembalikan semula daya tarikan pelancongan dan ekonomi di Kinta Riverwalk.

“Sebelum ini ia di bawah pengurusan pihak Kinta Riverfront Hotel tapi diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

“Jadi kini di bawah pihak MBI selaku penyelia tunggal kita harap segala urusan lebih mudah termasuk kawalan,” ujarnya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Kinta Riverwalk di sini malam tadi. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI