PETALING JAYA – Ungkapan ‘nama saja Kancil, tapi rupa 4X4’ sangat sinonim dengan tindakan berani seorang pengguna yang berjaya mengubah suai sebuah kereta Perodua Kancil menjadi seperti kenderaan pacuan empat roda (4×4).
Bak kata pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Menerusi perkongsian di portal Viral Santai Anak Utara, kereta tersebut kini menampilkan wajah baharu apabila bahagian tempat duduk belakangnya telah bertukar menjadi tempat penyimpanan barang.
Dalam pada itu, video tersebut berjaya meraih lebih 5,000 tontonan dan rata-rata orang ramai meninggalkan persoalan mengenai tahap kelulusan kereta yang telah diubah suai seperti itu.
“JPJ lulus tak kalau macam ini ubah,” kata Megat Mohd.
“Nak buat ubah seperti itu boleh, tapi tunggu sahaja surat saman akan sampai nanti,” kata Pak Sangup.
“Orang kita ini dari dulu memang kreatif, tak mampu beli kenderaan 4X4 sebenar, Kancil ala 4X4 pun apa salahnya,” kata Raside. – K! ONLINE