fbpx

Jangan jadi pembelot kepada pasukan – KP Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman (kanan) menerima Tongkat Kuasa dari Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin sebagai simbolik serah terima tugas Ketua Polis Johor di IPK Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Datuk Kamarul Zaman Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Kamarul Zaman, 58, mengantikan Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Majlis penyerahan tugas disempurnakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain.

Kamarul Zaman yang dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan sebelum ini dilantik sebagai Ketua Polis Kedah pada 9 Jun tahun lalu mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1988.

Sepanjang 34 tahun beliau berkhidmat dalam badan beruniform ini, pelbagai tanggungjawab telah digalasnya termasuk Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di IPK Johor.

Terdahulu, Kamarul Zaman dalam ucapannya menegaskan, pegawai dan anggota polis diingatkan menjaga intergriti, ikhlas dalam menjalankan tugas selain jangan menjadi pembelot kepada pasukan.

“Saya akan mengambil tanggungjawab menggalas tugas secara total untuk memimpin pasukan Polis Johor.

“Demi menyambung kecemerlangan dan kejayaan kemimpinan terdahulu, saya memerlukan sokongan yang padu dari ketua-ketua jabatan, ketua polis daerah, pegawai dan anggota lain-lain pangkat.

“Cemerlang di sini (PDRM), cemerlang di mata masyarakat,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI