fbpx

Ibu maut dipenggal anak dengan parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN rumah mangsa di lokasi kejadian itu.

KUALA SELANGOR – Seorang wanita maut dalam keadaan menyayat hati apabila dipenggal anak lelakinya sendiri di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang di sini, petang semalam.

Lebih memilukan, kepala mangsa berusia 56 tahun itu ditemukan dalam rumah berkenaan selepas dipenggal suspek dengan parang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan mengenai seorang wanita dicederakan anak berusia 28 tahun itu pada pukul 5.45 petang.

ANTARA barangan yang dibersihkan ahli keluarga mangsa.

Katanya, hasil siasatan polis bersama Unit Forensik kemudian mendapati mangsa berada di ruang tamu rumah dengan kesan darah.

“Kejadian disedari apabila salah seorang  anak mangsa gagal menghubunginya dan segera pergi ke rumah berkenaan.

“Setibanya di lokasi,  anak mangsa melihat keadaan rumah berlumuran darah dan suspek melarikan diri di belukar belakang kediaman itu,” katanya hari ini.

Jelas Ramli, pihaknya dengan bantuan penduduk kampung berjaya menahan suspek yang bersembunyi dalam semak tersebut

“Kita turut menemukan parang yang  disyaki digunakan untuk memenggal mangsa dalam tandas rumah itu.

“Suspek yang juga penganggur dipercayai menetap bersama ibu dan bapanya manakala adik beradik lain menyewa di kawasan berhampiran,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI