fbpx

Elak pakai jersi ada simbol sokongan terhadap LBGT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Umat Islam dilarang memakai jersi yang mempunyai simbol sokongan terhadap gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seperti simbol pelangi pada lengan jersi.

Itu antara larangan yang dikongsi menerusi Irshad Al-Fatwa Siri Ke-660: Hukum Menyokong Kelab Bola Sepak Yang Mengiktiraf LBGT dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP).

PMWP berkata, antara larangan lain termasuk berkongsi hantaran-hantaran di media sosial yang mempromosi amalan LGBT, kerana ia juga termasuk dalam kategori berkempen ke arah kemaksiatan.

Menurutnya, tidak menjadi satu kesalahan kalau sekadar menyokong mana-mana kelab bola sepak yang menyatakan solidariti atau berkempen ke arah normalisasi LGBT atas dasar mereka sebagai pasukan bola sepak.

“Adapun sikap mereka berkenaan isu LGBT atau hal-hal lain, maka itu berada di luar bidang kuasa kita.

“Namun, dalam kita menyokong kelab bola sepak yang diminati, hati kita mestilah disertai dengan rasa tidak redha dengan kempen mempromosi LGBT yang dijalankan itu,” katanya.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI