fbpx

Ditinggal menjelang perkahwinan, wanita nekad bersanding sendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan situasi kejadian ketika pengantin perempuan meneruskan majlis persandingan tanpa pengantin lelaki. - TikTok

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan dari Bali menjadi tular gara-gara melangsungkan majlis perkahwinan tanpa pengantin lelaki, lapor laman berita Suara.com.

Menerusi satu video rakaman yang dimuat naik di TikTok, seorang pengantin perempuan dilihat lengkap memakai baju pengantin serta bersolek, namun tiada pengantin lelaki di sampingnya.

Wanita itu menceritakan satu-persatu mengenai bagaimana perkara tersebut berlaku. 

Menurutnya, pada awalnya, pengantin lelaki komited untuk melangsungkan perkahwinan. Namun, sehari sebelum dinikahkan, keluarga pihak lelaki bertindak membatalkan perkahwinan mereka.

“Kenapa perlu bersusah-payah membatalkan perkahwinan sedangkan persiapan sudah lengkap dari awal,” tulis wanita itu.

Wanita tersebut akhirnya membuat keputusan untuk tetap meneruskan majlis meskipun tanpa pengantin lelaki demi menjaga nama baik keluarga.

Kisah tular itu mendapat tumpuan netizen di ruangan komen.

“Kalu enggan berkahwin, kenapa tidak diberitahu sejak awal. Kasihan keluarga wanita itu kerana sudah menyiapkan semua kelengkapan perkahwinan,” kata seorang netizen.

“Sekarang dia ditinggalkan kerana lelaki itu tidak mahu bertanggungjawab. Jangan menyesal, tetap bersemangat dan percaya bahawa karma itu wujud,’’ tulis seorang lagi pengguna. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI