fbpx

Beijing catat kes pertama Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki dilihat berjalan melepasi ibu pejabat Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 pada Disember tahun lalu. - Roman Pilipey/EPA-EFE

BEIJING – Beijing merekodkan kes pertama varian Omicron Covid-19 menjelang Tahun Baru Cina dan pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Beijing, Pang Xinghuo ketika sidang akhbar semalam.

Menurut Xinghuo, pihak berkuasa telah menyekat pergerakan di kawasan jangkitan iaitu bangunan Teknologi Baharu Haidian dan pekarangan kediaman di daerah Haidian.

Menurut pegawai, lelaki yang dijangkiti itu mula mengalami gejala sakit tekak pada Khamis minggu lalu sebelum kelesuan keesokan harinya.

Dia disahkan positif Covid-19 sebanyak dua kali sebelum dipindahkan ke hospital untuk pengasingan dan rawatan, demikian menurut agensi berita China News Service.

Pegawai menghantar pasukan petugas untuk mengesan orang ramai yang mungkin mempunyai kontak dengan pesakit berkenaan.

Xinghuo berkata, China menghadapi dua risiko penularan dari dalam dan luar negara, serta perlu melaksanakan strategi pencegahan dengan ketat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI