fbpx

Banjir: 2 PPS masih dibuka libatkan 74 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah salah seorang penduduk yang terjejas akibat banjir di sekitar Kampung Jawa, Lenga, Muar, Johor.

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini membabitkan daerah Segamat terus berkurangan kepada 74 mangsa daripada 22 keluarga setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, kesemua mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Agama Gemereh dan Dewan Serbaguna Jalan Genuang di Segamat.

Beliau berkata, jumlah itu mencatatkan pengurangan berbanding 77 mangsa daripada 24 keluarga di tiga buah PPS pada tengah malam tadi.

“Daerah Segamat yang terjejas teruk sebelum ini semakin pulih seramai 77 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di dua PPS setakat ini.

“Setakat ini, sebuah lagi PPS di Balai Raya Gemereh 4 di Segamat yang menempatkan tiga mangsa daripada dua keluarga ditutup setelah kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan keadaan cuaca berterusan dalam keadaan baik. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI