PUTRAJAYA – Sebanyak 19 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan sebanyak 31,781 kes.
Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.
“Terdapat enam kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sehingga kini sebanyak 6,415 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Kesemua kematian tersebut dilaporkan di Selangor (5), Perak (3), Sabah (3), Pulau Pinang (2), Johor (2), Terengganu (2), Melaka (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sebanyak 40,785 kes aktif melibatkan 33,214 kes dikuarantin di rumah, 4,100 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,278 kes di hospital, 103 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 90 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K! ONLINE