fbpx

Syahmi akui tidak tahan godaan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAHMI berhijrah ke JDT selepas lima tahun berkhidmat bersama skuad Selangor selain menjaringkan 11 gol dalam 80 penampilan bersama Gergasi Merah.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

BEKAS pemain Selangor, Syahmi Safari mengakui tidak mampu menahan godaan daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjadi sebahagian daripada pasukan gergasi tersebut di Malaysia itu.

Berita mengenai perpindahan pemain itu diumumkan menerusi sebuah video yang dikongsikan di Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers semalam.

Menerusi tayangan video berdurasi satu minit itu, pemain pertahanan kanan itu menyatakan bersedia menyahut cabaran baharu bersama Harimau Selatan dalam mencapai kejayaan sebagai pemain bola sepak.

“Terdapat hanya satu destinasi dalam bola sepak di Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim dan saya kini berada di sini.

“Saya tidak boleh mengatakan tidak kepada kelab terbesar di Malaysia. Ini adalah cabaran, cabaran untuk saya melangkah ke hadapan dan mencapai kejayaan sebagai pemain bola sepak,” katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers.

Dalam video itu, kelihatan Syahmi menaiki limosin mewah memasuki Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dan kehadirannya disambut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards.

Anak kelahiran Kuala Selangor itu adalah pemain pertama yang ditandatangani JDT sebagai persediaan untuk memperkuat jentera pasukan menghadapi saingan Liga Super musim 2022.

Syahmi yang kebiasaannya bermain di posisi bek kanan turut mampu beraksi sebagai pemain sayap kanan.

Pemain berusia 23 tahun itu berkhidmat bersama skuad Selangor bagi tempoh lima tahun dan telah menjaringkan 11 gol dalam 80 penampilan bersama Gergasi Merah.

Syahmi juga mempunyai 23 cap antarabangsa bersama skuad Harimau Malaya dan mencipta satu jaringan dalam tempoh itu.

Syahmi bakal menyarung jersi bernombor 91 bagi saingan musim ini bersama JDT yang akan bertemu Kuala Lumpur City FC pada 26 Februari depani bagi aksi pembukaan Piala Sumbangsih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI