fbpx

Suara lagi sedap daripada Aliff Syukri, Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUTU vokal Michael Ang dalam Cinta Atau Propa disifatkan tidak ‘kemek’ sebagaimana suara Aliff Shukri dan tidak terkinja-kinja seperti Vida.

ADELE baru sahaja berkongsi muzik video single terbaharunya, Oh My God menerusi YouTube dan perkongsian terbabit sangat memberi revolusi, artistik dan membuktikan penyanyi bukan sekadar vokalis hebat, bahkan penghibur yang tahu apa harus dikongsi kepada dunia.

Ini bukan tentang Adele tetapi hanya mengalihkan pandangan pembaca sebelum debut pengarah dan penerbit yang kini mencuba nasib dalam dunia nyanyian, Michael Ang diulas lanjut.

Minggu lalu, lelaki berusia 45 tahun itu meluncurkan single berjudul Cinta Atau Propa, sekali gus membuatkan ramai ‘ternganga’, apa motif di sebalik percubaan Michael menjadi penyanyi.

Secara peribadi, Cinta Atau Propa ciptaan Hafiz Hamidun dan Killa Driz merupakan sebuah lagu bersifat ‘sampingan’ yang menghiburkan.

Biarpun dikecam dengan kata nista seperti ‘Mike boleh pergi jauh tapi jauh dari industri’, sekurang-kurangnya Cinta Atau Propa sebuah karya yang catchy, mudah melekat di halwa telinga ramai.

Lagu ‘sampingan’

Dari segi komposisi muzik, tidak banyak perkara yang boleh dibanggakan.

Senang cakap, Cinta Atau Propa tidak lebih daripada sebuah karya ‘fun song’ barangkali dirakamkan Michael hanya untuk suka-suka.

Bagaimanapun, penulis ingin memberikan pujian kepada Michael yang berani menyahut cabaran menyanyi dan merakamkan lagu untuk ditekan cercaan netizen.

Masakan tidak, sebelum ini dia sering lantang menyuarakan kepincangan sebarang acara atau pertandingan berbentuk hiburan menerusi media sosial.

Sekarang, tiba masa Michael pula ditampar kiri, kanan, depan dan belakang dengan kritikan yang penulis percaya, tidak menjadi kudis pun buat dirinya sebagai seorang figura popular.

Perlu diingat, segala cercaan dan makian untuk Michael dalam media sosial mungkin bertukar menjadi wang ringgit. Tanda pagar: #IYKYK (ehem!).

Sedikit tentang nukilan lirik, tidak berapa pasti lagu berkenaan dicipta sebagai sindiran untuk siapa tetapi yang pasti, siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya.

Barangkali, kalau kalian tiba-tiba dengar lagu berkenaan dimainkan di corong radio ketika sedang memandu dan ‘terasa’ sesuatu mengguris jiwa, boleh jadi, lagu ini ditujukan untuk kalian.

Universal, vokal lebih baik

Sejujurnya, muzik bersifat universal. Ada orang dengar lagu I Will Always Love You dendangan Whitney Houston, namun jiwa terasa kosong bak robot mekanikal yang tiada perasaan.

Ada juga manusia yang barangkali mendengar lagu nyanyian Michael bertukar menjadi riang dan segala masalah hidup tertolak tepi, siapa tahu, bukan?

Kerana setiap manusia punya cita rasa tersendiri.

Tapi kalau tanya penulis yang kisahkan dan cakna tentang perkembangan dunia muzik pelbagai genre peringkat domestik dan luar bumi Malaysia, Cinta Atau Propa hanyalah sebuah karya ‘penyendal’ sama seperti apa yang pernah dilahirkan dua usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida sebelum ini.

Bukan dibikin untuk tujuan anugerah, jauh sekali ‘material AJL’, sekurang-kurangnya, lantunan vokal Michael lebih ‘gebrek’ (mantap) berbanding daripada Vida mahupun

Aliff. Bak kata segelintir netizen dalam YouTube: “Seperti ada suara garau yang tersekat kahak di tekak. Tak kemek macam listrik vokal Aliff dan tak ‘terkinja-kinja’ macam lontaran suara Vida.” Lucu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI