fbpx

Suami ‘serah’ isteri untuk ‘diratah’ rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perbuatan membiarkan isteri sendiri dirogol dilihat semakin membimbangkan dalam kalangan kaum lelaki di Singapura. - Kirill Balobanov via Unsplash

SINGAPURA – Seorang lelaki Singapura dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah cuba merogol isteri rakannya, lapor portal Coconut News, kelmarin.

Defendan berusia 47 tahun itu dikatakan melakukan percubaan merogol itu bagi memenuhi  fantasi songsang suami mangsa untuk melihat isterinya bersama lelaki lain.

Mangsa dilaporkan sempat menyelamatkan diri dan membuat laporan polis kerana pada waktu kejadian, tertuduh dikatakan mengalami masalah disfungsi.

Kejadian ini merupakan antara beberapa kes serupa yang dikesan di pulau  itu.

Menurut dokumen mahkamah, beberapa suami yang ditahan berkata,  tindakan tersebut dilakukan kerana berfantasi melihat orang lain melakukan hubungan seks dengan isteri mereka.

Secara keseluruhan, kes terbaharu ini menjadikan terdapat empat lelaki didakwa kerana kesalahan serupa  antara 2010 hingga 2022. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI