fbpx

Ronaldo cabar The Red Devils

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO dilaporkan telah menolak tawaran lumayan dari Arab Saudi kerana tidak terpengaruh dengan kewangan. - AFP

MANCHESTER – Bintang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo memberikan kata dua kepada pasukan itu agar menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dalam kelompok tiga teratas.

Ronaldo, 36, mendakwa, dia tidak menyertai The Red Devils untuk berada di luar kelompok empat teratas yang boleh me­nyaksikan kelab itu terlepas peluang ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.

Justeru, kapten ­Portugal itu menegaskan, dia akan memberikan ­segala-gala­nya bagi memastikan United kembali mencabar bermula aksi menentang Aston Villa di Villa Park awal pagi esok.

“Saya akan kembali berlatih seperti biasa dan kita lihat bagaimana tahap keadaan badan saya. Buat masa ini, saya sangat yakin (beraksi menentang Villa).

“Saya tidak mahu berada di sini semata-mata untuk ber­­saing merebut tempat kelima atau enam ataupun tujuh. Saya hadir ke United untuk menang.

“Secara peribadi, saya tidak boleh menerima jika gagal berada dalam kelompok tiga terbaik. Perjalanan masih jauh dan jika mentaliti diubah, saya percaya ia boleh dicapai,” kata Ronaldo.

Walaupun sudah meledak lapan gol dan tiga bantuan jaringan dalam saingan EPL, namun Ronaldo tetap menjadi mangsa kecaman para penyokong fanatik yang kecewa dengan prestasi terumbang-ambing United.

Skuad bimbingan Ralf Rangnick itu kini menduduki tangga ketujuh dengan 31 mata, enam mata di belakang pasukan No.4, West Ham United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI