fbpx

Man. City ‘jinakkan’ Chelsea di Etihad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
De Bruyne muncul wira City selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada aksi di Stadium Etihad sebentar tadi. /FOTO TWITTER PREMIER LEAGUE

MANCHESTER – Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan Chelsea 1-0 pada saingan yang berlangsung di Stadium Etihad sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad The Citizens kendalian Pep Guardiola membariskan kesebelasan terbaik dgn menyenaraikan jentera serangan berbisa terdiri daripada Kevin de Bruyne, Phil Foden dan Raheem Sterling.

Chelsea yang masih segar dengan kejayaan melangkah ke final Piala Liga Inggeris (EFL) baru-baru ini turut membariskan kesebelasan terbaik yang diketuai penyerang utama, Romelu Lukaku.

Seperti dijangka, City terlebih dahulu menguji gawang pasukan pelawat tetapi rembatan yang dilakukan oleh De Bruyne pada minit ke-24 berjaya diselamatkan penjaga gol, Kepa Arizzabalaga.

Perancang tengah City, Jack Grealish turut mempunyai peluang keemasan tetapi percubaannya turut berjaya diselamatkan dengan kedudukan 0-0 berakhir pada babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, giliran Chelsea pula meraih peluang dengan Lukaku melakukan rembatan cantik tetapi mudah diselamatkan Ederson.

Namun, tuah lebih memihak kepada pasukan tuan rumah apabila rembatan luar kotak penalti yang dilakukan oleh De Bruyne pada minit ke-70 selepas menerima hantaran Joao Cancelo gagal diselamatkan Arrizabalaga.

Chelsea berusaha untuk mencari gol penyamaan dengan pengendali memasukkan pemain di posisi serangan seperti Timo Werner dan Callum Hodson-Odoi tetapi masih gagal memecah kebuntuan.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan City mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu liga dengan mengutip 56 mata selepas mengharungi 22 perlawanan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI