fbpx

Kereta terpakai laris seperti goreng pisang panas di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Susulan kekurangan kenderaan baharu, permintaan terhadap kereta terpakai naik mendadak. - Getty

WASHINGTON –  Pasaran kereta  terpakai Amerika Syarikat menyaksikan fenomena di luar  jangkaan apabila pemilik menjual kenderaan mereka pada harga lebih mahal daripada harga yang mereka bayar untuk membelinya.

Perkembangan luar biasa itu berlaku ketika dunia berdepan kekurangan bekalan cip termasuk untuk kereta baharu akibat pandemik Covid-19. Situasi itu menyebabkan pengeluaran kereta baharu terbantut sekali gus menyebabkan harga kenderaan terpakai meningkat.

“Ini adalah 100 peratus trend baharu yang tidak akan berakhir dalam masa terdekat,” kata Aurelien Guillaud yang merupakan pemilik Arlington Auto Group (AAG) iaitu syarikat penjual kereta berpangkalan di Arlington, Virginia, tidak jauh dari Washington.

Susulan kekurangan kenderaan baharu, permintaan terhadap kereta terpakai naik mendadak, katanya.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan kekurangan bekalan semikonduktor dari kilang-kilang di Asia dan perintah berkurung ketat di China yang dilaksanakan untuk menyekat penularan varian Omicron.

Masaki Kondo yang merupakan seorang wartawan di Washington,  membeli kereta Chevrolet pada  harga AS$60,000 (RM250,788) dalam tahun 2017. Empat tahun kemudian, dia menjual semula kereta itu kepada pengedarnya di Gaithersburg, Maryland pada harga AS$62,000 (RM259,147).

“Saya menyimpan kereta saya di dalam garaj jadi, ia berada dalam keadaan baik. Namun, saya terkejut kerana harga kereta terpakai itu lebih mahal berbanding apabila saya membelinya ketika ia masih baharu lebih empat tahun lalu,” kata Kondo. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI