fbpx

Kenderaan komuniti percuma untuk rawatan OKU, warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan MBSA menunjukkan demonstrasi kemudahan 'tail lift' bagi mengangkat OKU yang menggunakan kerusi roda.

SHAH ALAM – Prihatin terhadap keperluan pengangkutan kepada warga emas dan orang kelainan upaya bagi mendapatkan rawatan mendorong Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan kenderaan komuniti secara percuma kepada penduduknya di bawah pentadbirannya daripada golongan berkenaan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya menyediakan tiga unit kenderaan itu bagi pemegang kad warga emas dan OKU bagi mendapatkan rawatan di hospital dan pusat rawatan di lapan lokasi terpilih.

Katanya, ini meliputi Hospital Shah Alam, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Besar Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya Petaling Jaya (PPUM).

Selain itu, Klinik Kesihatan merangkumi Seksyen 7, Seksyen 19, Bukit Kuda Klang serta Sungai Buloh.

“Dua unit kenderaan berupa van telah diubah suai bersesuaian dengan keperluan golongan OKU dan satu unit kenderaan berupa Proton Exora untuk golongan warga emas.

“Ini merupakan tanggungjawab sosial dan keprihatinan MBSA berikutan keperluan pengangkutan kepada dua golongan itu adalah sukar didapati dan terhad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu kenderaan komuniti tersebut juga hanya boleh memuatkan dua orang penumpang dan seorang pemandu.

Ujarnya, ini disebabkan ruang bahagian kenderaan tersebut dikosongkan dan dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti tali pinggang bertujuan untuk memastikan kerusi roda tidak bergerak semasa kenderaan bergerak.

“Kenderaan komuniti ini beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Tempahan boleh dilakukan seminggu awal dengan menghubungi Seksyen Kemasyarakatan, Jabatan Pembangunan Komuniti, MBSA ditalian 03-55222732 atau 03-55105133 sambungan 1381,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI