fbpx

Ibu ‘rider’ bawa bayi jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang wanita terpaksa membawa bayinya ketika menghantar makanan tular di media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – Kasih ibu sampai ke syurga, walaupun penat lelah terpaksa diharungi, namun anak tetap menjadi keutamaan golongan hawa.

Melalui satu perkongsian di media sosial ketika ini, satu klip video menunjukkan seorang ibu terpaksa membawa anaknya yang masih kecil ketika membuat penghantaran makanan.

Video tersebut menyaksikan seorang pekerja wanita Food Panda terpaksa mendukung anaknya sekitar umur dua tahun ketika melakukan pekerjaannya.

Video yang diambil secara tidak sengaja oleh seorang wanita lain itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai yang sedih dengan keadaan nasib ibu tersebut.

“Bahaya tu kesian ibu dan anak demi cari rezeki ibu sanggup gadai nyawanya begitu terpaksa bawa anak yang masih kecil.

“Di sini kaum lelaki atau suami seeloknya jalankan tanggungjawab sebaiknya isteri hanya boleh jaga anak sambil buat kerja online partime job jika pendapatan suami kurang.

“Kebanyakan hari ini kaum wanita juga bertungkus lumus ringankan bebanan suami, tetapi ibu food panda ini sangat berbahaya bayinya tidak selesa malah nyawa pun sama bahaya,” jelas Wati Wati.

“Sesiapa yang masih ada ibu masih ada ruang walau sedikit pun untuk kita balas balik kasih sayang yang sebelum ini cukup sifat ibu kita bagi kat diri kita.

“Sayangilah ibu kita sebelum dia pergi buat selamanya, macam aku tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu umur setahun lebih, ibu dah meninggal,” jelas Meo Oit Oit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI