fbpx

GV8, stail rambut Aweera bikin jatuh cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN Aweera dengan gaya rambut yang menawan dalam GV8 menarik perhatian ramai.

TIDAK dinafikan, mana-mana selebriti yang menyertai program Gegar Vaganza pasti akan kembali menerima percikan populariti tanpa mereka sedar.

Aweera juga turut tidak ketinggalan melalui hal sama, termasuk cerita mengenai rambut lurusnya.

Kerana dilihat sering menukar gaya rambut lurus dalam setiap persembahan, ramai yang berpendapat Aweera lebih kacak dengan gaya sebegitu.

“Jatuh cinta dengan gaya rambut Aweera setiap minggu,” puji seorang netizen.

“Persembahan Aweera setiap minggu memang mantap ditambah pula dengan gaya rambut belah tepi ala-ala vampire (puntianak),” komen seorang lagi peminatnya dalam media sosial.

Difahamkan, Aweera juga tidak menafikan perubahan gaya rambut antara yang membawa tuah terhadap persembahannya pada konsert mingguan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI