fbpx

Enggan beli rokok punca janda diserang kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TUMPAT – Seorang janda cedera dipukul teman lelakinya selepas dia dipercayai enggan membeli nasi dan rokok dalam kejadian hadapan sebuah rumah di Kampung Pengkalan Chelat, Tanjung Kuala di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu menyebabkan lengan kiri, kedua belah paha mangsa yang berusia 38 tahun itu lebam termasuk terdapat kesan calar pada pergelangan tangan serta muka.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd. Azmir Damiri berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di luar pagar rumah suspek yang berusia 30 tahun.

Katanya, semasa kejadian, berlaku perselisihan faham antara mereka berdua apabila mangsa enggan membeli nasi dan rokok.

“Suspek kemudian bertindak menendang mangsa beberapa kali pada kedua-dua belah pahanya. Selain itu, teman lelakinya turut memukul lengan kiri mangsa dengan topi keledar.

“Suspek turut mengheret wanita itu agar masuk ke dalam pagar rumahnya sebelum bertindak mencakar muka dan pergelangan tangan mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Program Kayuhan Tahun 2022 di Balai Polis Wakaf Bharu di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek yang dipercayai penagih dadah itu bercinta dengan mangsa sejak dua tahun lalu.

Ujarnya, polis sedang mengesan suspek yang dipercayai menghilangkan diri selepas kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI