fbpx

Bayi bawah satu tahun berisiko alami gejala teruk Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATA Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) mencadangkan, Omicron berpotensi memberikan gejala teruk kepada bayi berusia bawah satu tahun. - Getty Images/Cavan Images RF

LONDON – Data daripada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Britain memberi petunjuk bahawa varian Omicron Covid-19 berpotensi menyebabkan gejala lebih teruk terhadap bayi di bawah usia satu tahun, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat oleh Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Kecemasan (SAGE) semalam. 

Sebanyak 42 peratus pesakit Covid-19 bawah usia 18 tahun dari 14 Disember 2021 hingga 12 Januari 2022 adalah melibatkan bayi berusia bawah satu tahun. 

Peningkatan itu adalah sebanyak 31 peratus sejak pandemik melanda.

Data menunjukkan pada bulan lalu, bilangan kanak-kanak lima tahun ke bawah yang sakit teruk dan memerlukan bantuan pernafasan didapati berkurangan. 

Bagaimanapun, pakar-pakar pediatrik Britain menegaskan bahawa masih terlalu awal untuk mengesahkan perkara itu kerana lebih ramai bayi yang dirujuk kepada pakar-pakar perubatan kerana memerlukan rawatan lebih rapi ekoran faktor usia. 

“Terdapat bukti menunjukkan bahawa varian ini berpotensi menjangkiti saluran pernafasan bahagian atas berbanding varian sebelumnya. Kanak-kanak mempunyai saluran pernafasan yang kecil,’’ kata ahli SAGE, Prof Russell Viner dari Universiti Kolej London. 

“Varian ini mungkin menyebabkan sedikit demam atau gejala pernafasan pada bahagian atas terhadap kanak-kanak lebih muda berbanding varian sebelumnya, dengan sebahagian besar asimtomatik atau tiada gejala,’’ jelas beliau.

Empat daripada lima bayi yang dijangkiti Covid-19 dihantar ke hospital untuk diperiksa sama ada mengalami demam atau batuk.

Kebanyakan daripada mereka diberi ubat antibiotik sebagai langkah berjaga-jaga terhadap jangkitan kuman yang serius. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI