fbpx

Arif azam bangkit kembalikan prestasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF berazam berlatih sungguh-sungguh untuk kembali prestasi sebenar menjelang saingan Liga M musim depan.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PEMAIN sayap, Muhammad Arif Anwar berharap dapat membuka lembaran baharu bersama Terengganu FC (TFC) pada musim depan.

Bekas tonggak UiTM FC itu berkata, beliau gagal menyerlah pada musim 2021 berikutan kecederaan lutut serius yang berpanjangan.

“Saya hanya mampu membuat tujuh penampilan termasuk enam sebagai pemain gantian sebelum cedera pada musim lalu.

“Kini saya sudah pulih dan berazam membuka lembaran baharu dengan meningkatkan semula kecergasan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Muhammad Arif, 26, berkata, dia mahu membalas kepercayaan yang diberikan pengendali skuad Sang Penyu, Mohd. Nafuzi Zain untuk kembali bersaing merebut posisi kesebelasan utama.

Dia juga mahu membantu pasukan dengan meledak dan menghasilkan bantuan jaringan sebanyak mungkin pada musim depan.

“Sesi latihan pramusim juga telah bermula dan saya berazam berlatih sungguh-sungguh untuk kembali prestasi sebenar,” katanya.

Muhammad Arif yang juga bekas pemain Harimau Muda membuat penampilan sulung ketika masuk sebagai pemain gantian sewaktu skuad Sang Penyu tewas 1-2 kepada Sabah pada 21 Mac lalu.

Pemain kidal itu kemudiannya sekadar mengumpul 111 minit permainan dan terlepas 15 perlawanan terakhir terma­suk kempen Piala Malaysia bersama TFC akibat kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN