fbpx

Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah sehingga 6 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri Sarawak dan Sabah petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan antara bahagian terbabit adalah, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat).

“Sementara di Sabah bahgian terlibat adalah Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan serta Sandakan) sehingga pukul 6 petang nanti.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya.

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI