fbpx

13 warga Rohingya nyaris rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mangsa kebakaran bangunan kedai di Jalan Meru Taman Bunga Melor, Klang hari ini.

KLANG – Sekumpulan 13 warga Rohingya terselamat dengan seorang daripadanya patah tangan dan kaki dalam kebakaran di bangunan kedai berhampiran Comfort Hotel, Jalan Meru Taman Bunga Melor, hari ini.

Dalam kebakaran tersebut kesemua mangsa terdiri lapan lelaki, dua wanita dan tiga kanak-kanak.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 27 anggota termasuk pegawai dari lima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 9.42 pagi.

Katanya, kelima-lima BBP berkenaan adalah Sungai Pinang, Kapar, Kota Anggerik, Shah Alam dan Damansara.

“Kebakaran melibatkan aras satu daripada keseluruhan bangunan tiga tingkat berkenaan dengan 12 mangsa diselamatkan bomba.

“Seorang lagi mangsa telah terjun dari tingkat tiga sebelum ketibaan pihak kami dengan mengalami patah kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI