fbpx

12 kematian akibat Covid-19 dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 12 kes kematian akibat Covid-19 telah dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian terkini mencatatkan sebanyak 31,762 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sehingga kini sebanyak 6,409 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian tersebut dilaporkan di Selangor (4), Pahang (2), Pulau Pinang (2), Terengganu (2), Johor (1) dan Kedah (1) serta tiada kematian Covid-19 di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 40,558 kes aktif melibatkan 33,075 kes dikuarantin di rumah, 3,984 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,295 kes di hospital, 109 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 95 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI